8 Fakta Tentang Zul Ariffin Yang Ramai Tak Tahu

Zulkifli bin Ariffin atau lebih dikenali sebagai Zul Ariffin ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.

 

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu lakonannya dalam siri drama Astro Ria, Awan Dania dan kemudiannya beralih ke peranan utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011.

 

Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak Inspektor Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.

 

Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria.

 

Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.

 

Projek terbarunya drama bersiri di Slot Akasia “Titian Cinta” yang digandingkan bersama heroin “Farah Nabilah” mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton.

 

Selain itu, filem lakonannya “J Revolusi turut mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia. Satu lagi filem lakonannya “Tombiruo” bakal memecah panggung (dijangkakan 12 Oktober 2017) tidak lama lagi.

 

 

Jom baca 8 fakta menarik tentang Zul Ariffin yang ramai gadis-gadis luar sana belum tahu

1. Berdarah kacukan Melayu-Belanda dan berasal daripada Taiping, Perak. Ibu Zul mempunyai darah . keturunan Belanda manakala ayahnya adalah Melayu. Patutlah muka ala-ala Pan Asia gitu.

 

2. Lahir pada 25 Oktober 1986 dan berketinggian 185 cm. Memang suai sangatlah jadi model. Tinggi macam galah.

 

3. Anak bongsu daripada 4 beradik juga dianggap “Baby” dalam keluarga

 

Zul Ariffin mempunyai 2 orang kakak dan seorang abang. Jarak usia antara abang sebelumnya agak jauh, 11 tahun. Ketika membesar di Taiping, abang-abang dan kakak-kakak Zul tidak ada di sana. Mereka semua berhihrah ke Bangsar. Zul membesar sebagai ‘anak tunggal’

 

4. Bercita-cita ingin menjadi anggota “Tentera Laut Diraja Malaysia” namun tidak layak disebabkan kecederaan patah di bahu. Alahai.. Tak pe tuhan ada perancangan lain. Kalau tak, tak dapatlah tengok Zul dekat TV.

 

5. Pernah menjadi Barista di Dome Cafe.Selepas menamatkan pengajian SPM, Zul berhijrah ke bandar dan tinggal bersama kakak dan abangnya sebelum memulakan latihan sebagai model fesyen dan mula mengambil bahagian dalam beberapa pertunjukan fesyen di bandar. Ha, suai sangatlah Zul jadi model iklan Necafe.

 

6. Sukakan Kucing

 

Zul gemar bermain dengan 2 ekor kucingnya selepas pulang daripada bekerja. Selalu juga Zul memuat naik gambar kucing di “Insta Story” akaunnya.

 

7. Kakaknya Hanim pernah menjadi model iklan rokok Peter Stuyvesant. Bermula daripada kakaknya, Zul Ariffin mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang permodelan.

 

8. Pernah melanjutkan pelajaran di UiTM dalam jurusan seni halus kemudian tidak sesuai bertukar kepada seni grafik. Walau bagaimanapun, Zul tidak menamatkan pengajian dan berhenti belajar kerana sudah tidak berminat mahu terus belajar dia menyertai dunia lakonan.

 

 

Begitulah serba sedikit profil hero kegilaan Malaysia ni.

 

 

 

Sumber: JomGosip via 101viral

Loading...