Bahana Tinggalkan Anak Dalam Kereta Tanpa Matikan Enjin, Kereta Di Bawa Lari Penyamun

Seorang kanak-kanak perempuan nyaris menjadi mangsa culik selepas tiga lelaki mencuri Honda Civic bapanya di sebuah stesen minyak di Taman Mahsuri, Jitra di sini, hari ini sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan.

Pada kejadian 7.45 pagi, mangsa berusia empat tahun ditinggalkan dalam kereta oleh bapanya, 33, yang keluar untuk ke tandas tanpa mematikan enjin kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, lelaki terbabit yang keluar lima minit kemudian terkejut mendapati keretanya tiada sebelum melihat anak perempuannya menangis di tepi jalan, kira-kira 30 meter dari stesen minyak itu.

Menurutnya, semakan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu mendapati, sebelum kejadian, sebuah Proton Wira hitam dinaiki tiga suspek berusia 30-an berhenti untuk mengisi minyak.

“Seorang daripada suspek keluar daripada Proton Wira dan terus ke tandas di belakang stesen minyak itu.

“Suspek meninjau kawasan sekitar sebelum masuk ke dalam Honda Civic itu lantas memecut dari lokasi bersama kanak-kanak berkenaan yang duduk di tempat duduk penumpang depan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Mohd Ismail berkata, suspek kemudiannya meninggalkan kanak-kanak berkenaan di tepi jalan tanpa dicederakan.

“Siasatan mendapati, Proton Wira digunakan suspek adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Pendang semalam.

“Akibat kejadian, lelaki berkenaan kehilangan dokumen peribadi, komputer riba, wang tunai RM1,000 dengan jumlah kerugian kira-kira RM80,000,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Jitra untuk rawatan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

“Mangsa berasal dari Pendang dan difahamkan, dia datang ke sini atas urusan keluarga sebelum singgah di stesen minyak itu.

“Kita sudah mengenal pasti suspek di mana seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan curi kenderaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Salam Tuan/Puan

Berkait Jitra Rpt: xxxx/17
Sek: 379 a kk
Tarikh: 3/10/2017
Waktu Hilang: 0745-0750hrs.

Kehilangan Sebuah m/kar Civic Hybrid Warna Hitam No Pendaftaran (w 201 M) di Shell Taman Mahsuri Jitra Pada 03/10/17. Pengadu telah turun dari m/kar masuk ke tandas di Shell dan meninggalkan m/kar dalam keadaan injin di hidupkan dan anaknya berada di dalam m/kar. Rakaman cctv dilihat Suspek telah melarikan m/kar pengadu dan anak pengadu yg berada di dalam m/kar di lepaskan di hadapan Masjid taman mahsuri. Manakala m/kar dan Sejumlah wang tunai dan Laptop yang berada di dalam m/kar berjaya di larikan.

*Saspek 3(L) melayu menaiki M/kar Proton Wira warna Hitam No.pendaftaran (KAW 1618). Hasil semakan Kompol dapati kereta yang dinaiki suspek juga adalah kenderaan yang baru di curi di Daerah pendang awal pagi tadi bersangkut (Pendang Rpt: 3738/17)*

-Rakaman cctv dan gambar suspek di sertakan. Untuk makluman semua.

Tq Tuan.

Loading...